World Class Women Wellness Solutions

Request A Callback

WhatsApp

+6016 601 0870

Call Us

+606 601 6564

Email Us

klinik_evelynpang@yahoo.com.my

Services

Home > Female Cancer Screening

PEMERIKSAAN SARINGAN KANSER WANITA

FEMALE  CANCER SCREENING

Screening tests look for cancer before a person has any signs or symptoms. Regular screenings can catch some cancers early, when they’re small, have not spread, and are easier to treat. With cervical and colon cancers, these tests can even prevent cancer from developing in the first place.

These are the American Cancer Society’s screening recommendations:

Breast cancer

  • Women should start screening for breast cancer as early as age 40 or even earlier if there is a family history.
  • Mammograms should begin at age 45.
  • Women at high risk – because of family history, a breast condition, or another reason – need to begin screening earlier and/or more often. Talk to your us to be sure.

Colon cancer

  • Women should start screening at age 50, or earlier if they have a family history of colon or rectal cancer or colon problems that raise their risk.
  • Screening tests can often find growths called polyps, which can be removed before they turn into cancer. These tests also can find colon and rectal cancer earlier, when treatments are more likely to be successful.
  • Talk to us to help you arrange for colon cancer screening.

Endometrial cancer

  • All women should report any vaginal bleeding, discharge, or spotting to their doctor, especially between the age of 40 to 60 years.
  • Some women at higher risk may need to consider having a yearly endometrial biopsy. Talk with us about your menstrual abnormality

Lung cancer

  • Women ages 55 to 74 who are or were heavy smokers should talk to a doctor about whether a low-dose CT scan to screen for lung cancer is right for them.

Skin cancer

  • Be aware of all moles and spots on your skin, and see our skin physician right away if you notice any changes in your moles.

PEMERIKSAAN SARINGAN KANSER WANITA

FEMALE  CANCER SCREENING

Pemeriksaan saringan diperlukan untuk mengesan kanser sebelum seseorang mempunyai tanda-tanda atau gejala. Pemeriksaan yang kerap boleh mengesan beberapa jenis kanser awal, ketika mereka masih kecil, tidak merebak, dan lebih mudah untuk dirawat. Dengan pemeriksaan kanser serviks dan kanser kolon, ujian ini juga boleh mencegah kanser daripada berkembang dari awal lagi.

Ini adalah cadangan pemeriksaan saringan Persatuan Kanser Amerika:

Kanser payudara

  • Wanita perlu membuat pemeriksaan saringan untuk kanser payudara seawal umur 40 atau lebih awal jika terdapat sejarah keluarga.
  • Mamogram harus dimulakan pada usia 45.
  • Wanita yang berisiko tinggi – kerana sejarah keluarga, masalah payudara, atau sebab lain – perlu memulakan saringan lebih awal dan / atau lebih kerap. Hubungi kami untuk memastikan risiko anda.

Kanser kolon

  • Wanita perlu memulakan pemeriksaan saringan pada usia 50, atau lebih awal jika mereka mempunyai sejarah keluarga kanser kolon atau kanser rektum atau masalah kolon lain yang meningkatkan risiko mereka.
  • Ujian pemeriksaan saringan dapat mengenalpasti ketumbuhan dipanggil polip; polip boleh dibuang sebelum mereka bertukar kepada kanser. Ujian ini juga boleh mengesan kanser kolon dan kanser rektum lebih awal, apabila rawatan lebih cenderung untuk berjaya.
  • Hubungi kami untuk membantu anda mengaturkan pemeriksaan saringan kanser kolon.

Kanser endometrium

  • Semua wanita perlu melaporkan kepada doktor mereka sebarang pendarahan faraj, rembesan, atau tompokan darah kecil, terutamanya antara umur 40 hingga 60 tahun.
  • Sesetengah wanita mempunyai risiko lebih tinggi perlu mempertimbangkan untuk membuat biopsi endometrium tahunan. Hubungi kami untuk berbincang tentang masalah haid anda.

Kanser paru-paru

  • Wanita berumur 55 – 74 yang sedang atau pernah menjadi perokok perlu berbincang dengan doktor mengenai sama ada low-dose CT scan untuk menyaring kanser paru-paru adalah sesuai untuk mereka.

Kanser kulit

  • Berhati-hati dengan semua tahi lalat dan bintik-bintik pada kulit anda, dan jumpa doktor kulit kita dengan segera jika anda mengesan apa-apa perubahan pada tahi lalat anda.
en_USEnglish